Penipisan lapisan ozon Hutan_tropika

Negara maju sering mengaitkan hutan tropika dengan ozon. Saintis mendakwa 100 tahun lagi suhu bumi akan meningkat 5 darjah celcius. Atmosfera adalah perisai bumi. Perisai terpenting adalah lapisan ozon. Ozon terletak pada 10 km - 60 km dari muka bumi. Lapisan ozon menyerap ultraungu. Ozon adalah gas berwarna biru iaitu gas oksigen.

Saintis dari Britain Antartic Survey di Teluk Halley, Antartika telah mengesan lubang ozon setiap musim iaitu pada bulan September hingga Oktober.

Lubang ini amat menakutkan kerana pada tahun 1988, luasnya seluas benua Antartika, Australia dan New Zealand. Jika lubang ozon terlalu lebar ia akan memberikan kesan yang amat dahsyat. Manusia lebih mudah mendapat penyakit; barah kulit, katarak dan buta. Selain itu tumbuhan dan plankton akan berkurangan. Rantaian makanan hidupan akuatik akan terganggu. Dengan demikian jumlah ikan akan berkurangan dan menjejaskan sumber protin manusia.

Negara maju lebih banyak memusnahkan ozon. ini kerana mereka banyak memiliki peti sejuk dan alat penghawa dingin. Dalam alat-alat ini terkandung bahan merbahaya kepada ozon iaitu CFC.CFC ialah sebatian tiga unsur kimia iaitu karbon, klorin dan florin. Ia tidak mempunyai warna, bau dan tak ternyalakan. Bahan ini banyak digunakan sebagai penebat dan pembungkusan polisterina.